BM | EN | 中文

NIKMAT ISLAM DIBAWA MUHAMMAD TAK TERNILAI HARGANYA – MB JOHOR

IMG-20191109-WA0020.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 9 NOV: Anugerah yang dikurniakan Allah SWT yang paling hebat kepada manusia adalah diutuskan para Rasul yang dengannya manusia mendapat petunjuk.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam perutusan Maulidur Rasul 1441/2019 berkata, Nabi Muhammad SAW, adalah insan terpilih dan mulia yang membawa risalah dan petunjuk agama yang benar.

Advertisement

Justeru, bagi memperingati hari kelahiran Baginda, umat Islam perlu bersatu hati menzahirkan penghormatan, menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan cara mempelajari sejarah kehidupan Baginda untuk dijadikan contoh dan panduan hidup.

“Marilah kita mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW kerana nikmat Islam yang dibawa oleh baginda selaku Pesuruh Allah kepada kita semua adalah nikmat yang tidak ternilai dan tiada galang gantinya,” kata Sahruddin.

Sahruddin turut memetik sabda Nabi daripada Anas r.a, yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia lebih mencintai aku daripada kedua-dua orang tuanya, anaknya dan manusia seluruhnya.” (Riwayat al-Bukhari)

Advertisement

“Justeru, marilah kita mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW kerana nikmat Islam yang dibawa oleh baginda selaku Pesuruh Allah kepada kita semua adalah nikmat yang tidak ternilai dan tiada galang gantinya,” kata Sahruddin lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top