BM | EN | 中文

Nik Abduh doakan keajaiban buat muafakat PAS-Umno

nik-abduh.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Ketika hubungan di antara PAS dan Umno dilihat terus memanas, salah seorang pemimpin parti terbabit semalam berharap agar ada “keajaiban” berlaku untuk permuafakatan mereka.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata keadaan politik semasa memerlukan lonjakan baru dibuat.

Katanya aspek penguasaan dan kepakaran yang lebih menyerlah diperlukan bagi melaksanakan perundingan yang memajukan negara.

Advertisement

Jelasnya, segala kebaikan dan keuntungan yang dicapai hasil perpaduan antara pelbagai parti mestilah dilestarikan agar ia terus menghasilkan ‘buah demi buah’ pada hari depan.

“Kekuatan azam politik yang mencipta MN (Muafakat Nasional) sebagai contoh, masih tidak mencukupi untuk memeliharanya daripada kemungkinan kembali pecah dan terburai ikatannya, lapor Malaysiakini.

“Kita berjaya menyatukan tetapi tidak berupaya menjaganya dengan baik,” katanya.

Advertisement

Tambah ahli parlimen Bachok itu lagi hal itu berlaku kerana mereka belum bersedia dengan penguasaan dan kepakaran perundingan bagi menangani sesuatu krisis.

Bahkan kata Nik Abduh sebarang perpaduan yang dilaksanakan memang mendatangkan ramai musuh dan penghasadnya.

Tulisan itu hadir ketika banyak pihak bercakap mengenai kerjasama PAS dan Umno melalui MN khususnya menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Advertisement

Nik Abduh juga mempersoalkan maknanya rundingan yang berlangsung jika selepas itu wakil setiap parti ‘membawa api dan kepanasan’ saja.

Atau, katanya berkias, lebih teruk keadaannya apabila mereka menuju ke meja rundingan dengan bebola api yang dilepaskan dari pangkalan masing-masing.

Tambah Nik Abduh umat Islam memerlukan pembaharuan dan penambahbaikan dalam politik dan ia perlu sentiasa disegarkan dengan lonjakan dalam pemikiran dan dakwahnya.

Advertisement

“Saya doakan keajaiban ini untuk Muafakat Nasional. Semoga nikmat Allah tidak hilang, tidak bertukar keafiatannya dan dikejutkan dengan kecelakaan ke atasnya,” kata anak bekas menteri besar Kelantan itu lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top