BM | EN | 中文

NGO WANITA DI JOHOR BOLEH MOHON BANTUAN KEWANGAN MELALUI LPPKN

CAI-TUNG-2.jpg
Advertisement

PONTIAN, 6 OKT: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui agensinya, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) memperuntukkan bantuan khas perbendaharaan kepada pertubuhan wanita di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung menyeru kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di Johor menghantar permohonan untuk mendapatkan bantuan bagi menampung kos aktiviti mereka.

“Saya ingin menyeru kepada tuan puan yang aktif dalam mana-mana NGO yang berdaftar agar dapat membuat permohonan bagi mengadakan program yang berkaitan dengan pembangunan wanita, perkahwinan, kekeluargaan atau kesihatan.

Advertisement

 

“Proses permohonan sangat mudah. Anda hanya perlu memuat turun borang permohonan yang terdapat di laman web LPPKN dan melengkapkannya.

“Borang perlu dihantar ke LPPKN atau JPW untuk diproses di peringkat kementerian,” kata Cai Tung pada majlis perasmian jelajah MARI (Mesra, Aktiviti, Riadah dan informatif) daerah Pontian di Dewan Orang Ramai Ayer Baloi, di sini, hari ini.

Advertisement

Adun Johor Jaya itu juga menyarankan permohonan untuk program tahun depan boleh dibuat mulai sekarang untuk memudahkan NGO masing-masing membuat perancangan program tahunan.

“Saya amat berharap pertubuhan badan bukan kerajaan dapat turut sama memainkan peranan yang penting membantu pihak kerajaan dalam usaha membangunkan keluarga yang sejahtera.

“Program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat perlu dijalankan dengan lebih banyak lagi kepada kumpulan sasar.

Advertisement

“Dapatkan bantuan kewangan dari pihak kerajaan agar pelaksanaan program dapat disebarluas kepada masyarakat,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top