BM | EN | 中文

NGO, penggiat seni dipelawa mohon insentif seni JKKN

jkkn.jpg

KUALA LUMPUR, 25 FEB: Permohonan bagi Insentif Seni Tahun 2021 mula dibuka secara dalam talian oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

JKKN dalam satu kenyataan memaklumkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penggiat seni dipelawa untuk memohon insentif seni yang disediakan bagi tahun ini.

“NGO dan penggiat seni berpeluang mendapatkan insentif seni dalam bentuk kewangan, ruang, kepakaran dan promosi,” menurut kenyataan itu.

Tambah JKKN tarikh permohanan bermula pada 22 Februari 2021 sehingga 8 Mac 2021.

Kepada mereka yang berminat boleh mendapatkan borang dan syarat penyertaan melalui laman web JKKN di www.jkkn.gov.my

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top