BM | EN | 中文

NGO peneroka di Segamat dan Melaka sokong Felda tuntut semula tanah yang dipajak

NGO-sokong-Felda-tuntut-semula-tanah-yang-dipajakkan.png

Ketua Peneroka Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Wilayah Johor Utara dan Melaka Md Edros Kanda (duduk, tengah) ditemui pada sidang akhbar Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Wilayah Johor Utara dan Melaka di Pejabat Felda Wilayah Segamat semalam.

Advertisement

SEGAMAT, 27 OKT: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Wilayah Johor Utara dan Melaka menyokong cadangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk menuntut semula ladang yang dipajakkan kepada FGV Holding Sdn Bhd kerana ia mampu mengembalikan institusi itu kepada keuntungan.

NGO tersebut iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gabungan Pergerakan Wanita (GPW), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Kami Anak Felda (KAF) bagi wilayah berkenaan yang mewakili 36 tanah rancangan yang terdiri daripada 11,418 peneroka.

Ketua Peneroka JKKR Wilayah Johor Utara dan Melaka, Md Edros Kanda berkata langkah pengambil alihan semula itu dilihat dapat memastikan kelangsungan hidup peneroka termasuk pengukuhan semula kedudukan kewangan Felda bagi jangka masa panjang.

Advertisement

“Hasrat mengambil semula ladang yang dipajak kepada FGV merupakan perkara yang ditunggu-tunggu oleh warga Felda, selain melihat kepada keupayaan Felda menguruskannya dengan adanya pembaharuan dan penstrukturan baharu,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Sokongan itu juga bertujuan bagi memberi peluang kepada generasi baharu menikmati kemajuan Felda selaku pelapis warga peneroka yang akan memaju dan membangunkan ladang Felda selari dengan transformasinya kini.

Menurut beliau, dari 2012 hingga 2017, FGV hanya memberi pulangan sebanyak RM1.9 bilion, sedangkan pada 2008 ketika ladang tersebut diuruskan Felda, ia mampu memberi pulangan pendapatan sejumlah RM1.8 bilion.

Advertisement

“Justeru, pengambilalihan ini dilihat wajar dilaksanakan Felda dan pendapatan yang dijanakan ini akan digunakan untuk pembiayaan komuniti peneroka yang merangkumi aktiviti peneroka dan generasinya, pendidikan, kemasyarakatan serta infrastruktur di seluruh rancangan Felda,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan Felda berhasrat untuk menuntut semula kira-kira 350,000 hektar yang telah dipajakkan kepada FGV sebagai cara bagi memulihkan kedudukan kewangannya.

Pengerusinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkara itu sudah dipersetujui lembaga pengarah dan syarikat itu kini sedang menunggu arahan kerajaan sebelum rundingan boleh dimulakan dengan FGV.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top