BM | EN | 中文

NGO Peduli Rakyat rancang perluas program kebajikan di luar Kluang

NGO-Peduli-Rakyat-rancang-perluas-program-kebajikan-di-luar-Kluang.jpg

NGO Peduli Rakyat bersama sebahagian peserta ‘Program Gunting Rambut Percuma’ di Simpang Renggam

SIMPANG RENGGAM, 28 DIS : Pertubuhan Kebajikan Aspirasi Peduli Rakyat Marhaen Malaysia (Peduli Rakyat) merancang untuk memperluaskan aktiviti kebajikan di luar daripada daerah Kluang di Johor.

Timbalan Pengerusinya Ahmad Shafiq Othaman berkata, Peduli Rakyat telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan kini mempunyai hampir 3,000 orang ahli di seluruh Malaysia.

Antara program kebajikan yang berjaya dijalankan adalah Karnival Peduli Rakyat 2018, Bantuan Pasca Banjir Kelantan, Bantuan Kebajikan Mangsa Banjir Simpang Renggam dan pemberian barangan dapur kepada 2,000 buah rumah golongan fakir miskin di seluruh Malaysia.

Menurutnya, melalui kerja kebajikan dan kesukarelawanan, aktiviti pertubuhan ini dapat merapatkan hubungan antara sukarelawan dengan penduduk setempat.

Manakala pada hari ini kata Ahmad Shafiq, Peduli Rakyat berjaya mengadakan ‘Program Gunting Rambut Percuma’ kepada kira-kira 400 pelajar dan kanak-kanak dari golongan B40 dalam kawasan Parlimen Simpang Renggam.

Katanya, program gunting rambut percuma Peduli Rakyat ini telah bermula sejak tahun 2017 lagi dan berterusan sehingga tahun ini.

Manakala program yang diadakan pada hari ini di Kellypojawani Event Cafe and GuestHouse, Simpang Renggam mensasarkan kepada pelajar sekolah dan kanak-kanak di sekitar parlimen Simpang Renggam.

“Pada awalnya kami hanya mensasarkan seramai 300 pelajar dan kanak-kanak sahaja, tetapi hampir 400 orang yang hadir. Ada yang telah hadir seawal jam 8.00pagi, dan kebanyakan yang hadir dari golongan yang memerlukan.

“Disamping itu melalui program ini ianya dapat meringankan beban ibubapa yang mana kita ketahui kebanyakan ibubapa ini bekerja sendiri.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pakatan Harapan Simpang Renggam berkata, program yang dianjurkan itu turut mendapat kerjasama daripada Pusat Giat Mara Simpang Renggam dan beberapa NGO dari sekitar Simpang Renggam dan Kluang.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top