BM | EN | 中文

NGO MAIN PERANAN PENTING DI JOHOR

IMG-20191216-WA0001.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 DIS: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) memainkan peranan penting dalam memimpin dan menganjurkan kegiatan masyarakat di Johor, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim.

Katanya, insiden membabitkan isu alam sekitar yang berlaku di Pasir Gudang baru-baru ini sebagai contoh terbaik peranan NGO dalam membantu masyarakat dan golongan akarumbi.

“Pengalaman di Pasir Gudang jelas menunjukkan pentingnya peranan dimainkan NGO,” kata beliau ketika merasmikan penutupan Bengkel Kepimpinan Jingga 13 di Kluang semalam.

Advertisement

“Bukan sahaja sewaktu berlakunya bencana, malahan selepas berlakunya bencana aktiviti NGO terus aktif seperti kempen kesedaran alam sekitar oleh pertubuhan alam sekitar,” kata Hassan Karim.

Hassan juga menegaskan NGO merupakan antara agen penghubung antara kerajaan dengan masyarakat.

“Menyedari kepentingan NGO, maka kami (Parlimen Pasir Gudang) turut bekerjasama membantu program yang digerakkan NGO tidak kira dari kelompok wanita, belia atau lain-lain.

Advertisement

“Malahan, memang ada peruntukan oleh kerajaan untuk disalurkan kepada NGO,” katanya lagi.

Sementara itu, penyelaras Jingga 13, Zabidie Abas berkata NGO wajar membawa suara rakyat disamping membantu merealisasikan dasar kerajaan.

“Apa sahaja program yang dijalankan oleh Jingga 13 memang berpaksikan kepada suara rakyat kerana program yang kami jalankan terus turun ke akar umbi,” kata Zabidie, yang juga bekas Tokoh Belia Negeri Johor.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top