BM | EN | 中文

NGO Jingga 13 Muar ditubuh, cawangan pertama dipimpin wanita

IMG-20200207-WA0024.jpg
Advertisement

MUAR, 8 FEB: Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Johor terus melebar sayapnya dengan menubuhkan cawangan terbaharu di kawasan parlimen Muar pada satu majlis pelancaran yang diadakan, semalam.

Penyelaras Jingga 13 Johor, Zabidie Abas berkata, uniknya bagi Jingga 13 Muar kerana ia diketuai pemimpin wanita iaitu Datin Sohella Mahmood yang juga merupakan Ketua Wanita PKR Cabang Muar.

“Setelah sekian lama merancang, akhirnya suatu persetujuan dicapai bagi penubuhan Jingga 13 Muar. Kebanyakan sekretariat dan panitia yang dilantik juga terdiri dari wanita,” katanya kepada Johorkini.

Advertisement

Tambah beliau, menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, isu berhubung keperluan rakyat mampu disantuni melalui program turun padang selain mengusahakan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Jingga 13 Muar juga akan berusaha menjalin hubungan dan kerjasama dengan Pejabat Parlimen Muar, pimpinan kawasan, ketua kampung, ketua masyarakat termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal dan badan swasta,” katanya lagi.

Sementara itu Datin Sohella berkata, pasukannya akan menitikberatkan isu rakyat dan merancang untuk turun ke lapangan bagi menyelami suara hati golongan marhaen bagi memberikan bantuan sebaik mungkin.

Advertisement

“Kami menubuhkan NGO Jingga 13 Muar ini kerana tertarik dengan gerakan dan aktiviti serta ukhwah dan kerjasama sesama komuniti.

“Selain itu, kami berazam untuk menggerakkan Jingga 13 Muar ini sebaik mungkin, antaranya penekanan terhadap masalah asnaf, golongan miskin, OKU, remaja, warga emas dan mereka yang memerlukan bantuan.

“Kami juga mengharapkan sokongan daripada semua pihak agar matlamat penubuhan Jingga 13 Muar ini berjaya direalisasikan,” katanya lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top