BM | EN | 中文

NGO Gerak Tani mahu bantu pekebun muda

Gerak-Tani-NGO.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 JUL: Gerak Tani, sebuah organisasi ditubuhkan bagi menggerakkan usaha membantu pekebun muda serta menarik minat golongan itu bagi menceburi bidang pertanian.

Menurut pengerusinya, Datuk Mazlan Aliman selain itu Gerak Tani juga akan mencari serta berusaha mendapatkan peluang-peluang dari sudut bantuan dan insentif kerajaan untuk membantu golongan pekebun.

Katanya, antara langkah awal Gerak Tani adalah bertemu Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Advertisement

“Perbincangan tadi sangat positif. Kita mendapat penerangan berkenaan peluang-peluang sama ada insentif atau pun pembiayaan yang boleh diberikan oleh LPNM.

“Kedua, kita juga berbincang mengenai tanah yang kita ada dan apa kerjasama strategik yang boleh dilakukan oleh tuan tanah dengan LPNM.

“Khususnya dalam konteks kluster seperti di alur bukit dan LPNM bersedia untuk mewujudkan kluster-kluster sekiranya kita ada tanah yang luas.

Advertisement

“Syaratnya mereka yang dapat tempat di situ adalah orang tempatan dan anak muda. Dengan ini kita boleh tarik anak muda untuk terlibat dalam industri nanas.

“Selain itu kita juga bercakap soal eksport dan bukan tertumpu pada pasaran domestik. Ini mampu menarik minat pasaran luar negara untuk mendapatkan nanas di negara kita.

“Susulan akan dibuat dengan pegawai LPNM termasuk industri hiliran yang bukan tertumpu kepada nanas mentah sahaja,” ujarnya ketika ditemui.

Advertisement

Beliau berkata, industri hiliran juga perlu diperkukuhkan agar ruang pasaran dapat diperbesarkan.

Tambahnya, kerajaan perlu menambah insentif kepada pekebun dan tidak berlaku kelewatan atau masalah birokrasi sehingga membuatkan pekebun terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan tawaran berkenaan.

“Kadang-kadang pekebun terpaksa menunggu insentif-insentif ini dalam jangka masa yang lama sehingga membuatkan semangat mereka untuk mengusahakan kebun terbantut akibat kelambatan insentif tersebut.

Advertisement

“Saya menyeru insentif ini dapat disegerakan. Insentif berbentuk geran, pinjaman dan subsidi oleh kerajaan penting kepada pekebun baharu dan anak muda yang ingin menceburi bidang pertanian.

“Sekiranya anak muda ini mampu dibantu melalui insentif dari kerajaan tersebut, saya yakin lebih ramai lagi anak muda yang akan menceburi serta bersemangat dalam bidang pertanian ini,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top