BM | EN | 中文

NGO Felda gembira kerajaan tunai janji

ridhuan-1.jpg

Ridhuan (dua kiri) bersalaman dengan Mohamed Azmin Ali semasa lawatannya di Felda Sungai Sibol, baru-baru ini.

Advertisement

KOTA TINGGI, 12 JAN: Majlis Permuafakatan NGO Felda hari ini memuji tindakan kerajaan kerana menunaikan janji serta prihatin dengan permasalahan peneroka Felda di kawasan tersebut.

Sekretariat NGO itu, Ridhuan Esa berkata, kehadiran Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal ke Felda Sungai Sibol telah memberi manfaat kepada peneroka Felda di kawasan tersebut.

Katanya, penghargaan seharusnya diberi kepada kerajaan kerana berusaha untuk menyiapkan serta menyerahkan Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) kepada seramai 311 penerima.

Advertisement

“Terima kasih tidak terhingga kerana berusaha menyiapkan rumah ini yang telah tertangguh kerana masalah tertentu sebelum ini.

“PGBF adalah salah satu agenda ‘kertas putih’ dalam misi Kelestarian FELDA yang dibentangkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada 10 April tahun lalu dan turut menepati Belanjawan Johor 2020.

“Ia menunjukkan kerajaan persekutuan dan negeri amat komited dalam melaksana janji dan menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah,” katanya.

Advertisement

Penyerahan kunci kepada penerima PGBF telah berlangsung Jumaat lalu di Dewan Serbaguna Felda Sungai Sibol yang melibatkan peneroka dari Felda Sungai Sibol dan Penggeli Timur.

Menurut Ridhuan lagi, kegembiraan peneroka ditambah dengan peruntukkan sebanyak RM1 juta yang diberikan kepada peneroka di Sungai Sibol melalui permohonan yang dibuat.

“Ia membabitkan peruntukan baik pulih prasarana dan juga kemudahan komuniti termasuk baik pulih dan tambahan fasiliti sekolah, peralatan komuniti PGBF, pembaikan saliran parit cegah banjir dan pencegahan tanah runtuh di persekitaran rumah peneroka.

Advertisement

“Ini secara langsung menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan sosial dan kehidupan peneroka,” ujarnya.

Tambahnya yang juga Generasi Felda Sungai Sibol itu lagi, keperluan dalam membina sumber ekonomi selain bergantung kepada hasil ladang sawit dan getah juga perlu berjalan seiring dengan objektif Kelestarian Felda

“Objektif ini menggariskan beberapa langkah kerajaan dalam mempelbagai ekonomi warga Felda melalui bidang pertanian. Perkara ini perlu dioptimumkan penggunaanya,” katanya lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top