BM | EN | 中文

NGO boleh hubungi terus Japen bantu kempen IOW

IMG-20200221-WA0031.jpg

Eddin Syazlee (kanan) mengedarkan risalah penjagaan kesihatan berkaitan wabak Covid-19 selain alatan penutup hidung dan mulut kepada para pemandu di Kompleks KSAB, Gelang Patah.

Advertisement

GELANG PATAH, 22 FEB: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh berhubung terus dengan Jabatan Penerangan (Japen) di setiap negeri dan daerah sekiranya berminat untuk membantu dalam penyebaran maklumat berkaitan dasar dan penerangan oleh pihak kerajaan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin turut serta dalam kempen Info On Wheel (IOW) yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan sedang bergerak di seluruh negara.

“Kami mengalu-alukan penglibatan mana-mana pihak yang sudi bersama-sama berperanan dalam program IOW ini.

Advertisement

“Kalau di peringkat negeri boleh berhubung terus dengan Japen. Kita akan tengok apakah bentuk kerjasama program yang boleh dibuat supaya akan menghasilkan impak yang cukup baik dan besar kepada rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Tanjung Kupang, Gelang Patah dan perasmian Program Info On Wheels (IOW) di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri Johor, Dzulkefly Ahmad, ADUN Perling, Cheo Yee How dan ADUN Skudai Tan Hong Pin.

Advertisement

Eddin Syazlee berkata, KKMM sedia bekerjasama dengan pihak yang berminat dengan kempen IOW dan berbesar hati untuk sama merancang program di peringkat akar umbi bagi menghasilkan program penerangan yang memberikan kesan optimum.

“Kita tak nak bila risalah dah diberi, tidak efektif. (Jadi) boleh datang dan kita bincang. Kita fikir strategi (bersama) macam mana boleh dibuat,”katanya lagi.

Terdahulu dalam lawatan itu, Eddin Syazlee turut sempat mengedarkan risalah penjagaan kesihatan berkaitan wabak koronavirus (Covid-19) selain alatan penutup hidung dan mulut kepada para pemandu di kompleks berkenaan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top