BM | EN | 中文

Ngeteh bersama rakyat, peluang Adun Simpang Jeram dekati masyarakat

salahuddin-ngeteh-dun-simpang-jeram.jpg

Salahuddin, menjadikan peluang ngeteh bersama penduduk di DUN Simpang Jeram sebagai peluang mendengar sendiri masalah rakyat

MUAR, 13 OGOS: Adun Simpang Jeram, Datuk Seri Salahuddin Ayub menjadikan sesi ngeteh bersama penduduk di sekitar DUN Simpang Jeram sebagai ruang bertemu masyarakat setempat tanpa sebarang protokol.

Katanya, sesi itu dijadikan rutin setiap kali beliau ke kawasan DUN Simpang Jeram.

“Ia adalah ‘culture’ saya yang suka bersahaja dan santai ketika bertemu rakyat. Ini akan lebih mesra lagi dan kita akan dapat mendengar suara mereka lebih jujur.

“Kita mahu mereka (penduduk) merasakan bahawa tidak ada sempadan antara seorang wakil rakyat dengan mereka.

“Mereka ini semua saya anggap seperti sahabat baik saya dan sekiranya ada perbezaan pendangan bukanlah bermaksud mereka membenci kita tetapi atas sifat kasih sayang sesama manusia. Mereka menegur kita untuk buat yang lebih baik,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan bahawa program sebegitu membuatkan beliau berpeluang mendengar sendiri keluhan rakyat untuk diperjuangkan olehnya.

“Saya mahu mendengar keluhan mereka. Aktiviti santai begini akan membuatkan mereka lebih senang memberi respon berkenaan dengan masalah mereka.

“Kita tidak seharusnya mewujudkan sempadan antara pemimpin dan rakyat. Resam saya adalah untuk membantu serta memperjuangkan nasib rakyat seluruhnya semampu saya.

“Program ini akan menjadi rutin di DUN ini bersama kepimpinan parti (Amanah) kawasan yang turut sama menjayakan program ini,” kata Salahuddin sambil menambah, program itu akan terus diadakan di beberapa kedai minum sekitar DUN Simpang Jeram.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top