BM | EN | 中文

Netizen puji anggota polis bantu tukar tayar kenderaan warga emas

polis-pdrm-1-01-scaled.jpg

Tangkapan layar hantaran dikongsikan di Facebook Orang Kota Tinggi berkenaan anggota polis membantu warga emas tersebut

Advertisement

KOTA TINGGI, 9 JAN : Tindakan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Air Tawar 2 yang memberi bantuan menukar tayar kenderaan milik seorang warga emas yang pancit di tepi jalan mendapat pujian netizen.

Facebook Orang Kota Tinggi yang memaparkan gambar seorang anggota polis sedang menukar tayar kenderaan seorang lelaki warga emas itu mendapat 1,000 likes dan pelbagai komen kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada PDRM dan ada antaranya menyatakan tindakan anggota polis berkenaan amat diperlukan masyarakat hari ini, iaitu sentiasa membantu rakyat.

Advertisement

Tindakan itu juga dikatakan seiring dan bertepatan dengan slogan PDRM sendiri iaitu ‘Polis dan Masyarakat Terpisah Tiada’.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top