BM | EN | 中文

Nelayan tidak pulang, dikhuatiri hilang

SAR.jpg

Operasi Carilamat (SAR) mencari nelayan berkenaan yang diaktifkan malam tadi 

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 FEB : Seorang nelayan dikhuatiri hilang apabila mangsa yang sepatutnya pulang dari menangkap ikan pada tengahari atau selewatnya petang semalam gagal ditemui sehingga kini.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, nelayan berkenaan dikenali sebagai Ramli Rashid, 38.

Katanya, aduan berkenaan perkara itu telah diajukan sendiri keluarga mangsa yang turut memaklumkan kebiasaannya Ramli akan keluar menangkap ikan di Perairan Rengit, Batu Pahat.

Advertisement

“Pengadu juga memaklumkan ada rakan nelayan melaporkan melihat mangsa sedang menangkap ikan di Perairan Rengit pada jam lebih kurang 6 petang, semalam.

“Namun pencarian rakan-rakan nelayan mangsa pada jam lebih kurang 7 petang semalam gagal menemukan mangsa yang menggunakan sebuah bot fiber berwarna oren dengan berpakaian T-shirt hitam dan berseluar gelap,”katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Aminuddin berkata, susulan kejadian itu Maritim Malaysia menerusi Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim Johor Bahru (MRSC Johor Bahru) telah mengaktifkan Operasi Carilamat (SAR) pada jam kira-kira 11.30 malam tadi .

Advertisement

“Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di Jeti Bot Rengit, Batu Pahat bagi menyelaras usaha mencari mangsa.

“SAR yang dikoordinasikan Maritim Malaysia melibatkan sebuah kapal dan 4 buah bot daripada pelbagai agensi iaitu Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,”katanya lagi.

Tambahnya, Maritim Malaysia menasihatkan kepada komuniti maritim agar berhati-hati ketika melakukan sebarang aktiviti di laut, sentiasa mengutamakan keselamatan dan cakna dengan keadaan cuaca.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top