BM | EN | 中文

Nelayan tempatan hilang dilaut selamat pulang

IMG-20200229-WA0000.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 1 MAC: Seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang dan ditemui di Bengkalis, Indonesia telah selamat kembali ke tanah air, pada jam 2 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, nelayan tersebut, Ramli Rashid tiba di Terminal Feri Muar ditemani Ketua Kampung Bumiputra Rengit, Mohd Khallif Siron.

“Terdahulu, usaha mencari dan menyelamat telah digerakkan bagi mencari mangsa yang dilaporkan hilang pada 19 Februari lalu.

Advertisement

“Walau bagaimanapun, mangsa kemudiannya telah ditemui penduduk Kampung Desa Pambang Baru, Bengkalis dua hari kemudian,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Mohammad turut menasihati nelayan tempatan untuk mengutamakan aspek keselamatan ketika berada di laut.

“Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, mereka boleh terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020 atau menghubungi talian MERS 999,” tambahnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top