BM | EN | 中文

Nelayan Muar terjejas pendapatan, pemuda Amanah Johor serah bantuan makanan

bantuan-nelayan-pemuda-amanah-johor.png
Advertisement

MUAR, 9 FEB: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan kepada nelayan di sekitar daerah Muar yang terjejas pendapatan susulan pelaksanaan PKP 2.0.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Johor, Muhammad Mansor Abu Hamid berkata, pihaknya mendapat maklumat ramai di kalangan nelayan di daerah ini yang terkesan mata pencarian mereka akibat larangan ke laut oleh pihak kerajaan.

“Nelayan adalah golongan paling teruk terjejas akibat pelaksanaan PKP. Mereka tak boleh lagi ke laut susulan SOP yang dikeluarkan.

Advertisement

“Sebelum ini Pemuda Amanah berulang kali menyatakan agar nasib nelayan diambil perhatian serius oleh kerajaan,” kata Mansor ketika dihubungi.

Seorang nelayan yang ditemui Adam Latif, turut merakamkan rasa terima kasih bersyukur atas bantuan yang diberikan.

Katanya, sumbangan keperluan harian dan makanan itu sedikit sebanyak dapat meringankan bebas dihadapinya.

Advertisement

“Terima kasih kepada penyumbang bantuan ini dan mengakui keadaan yang berlaku sehingga kami hilang punca pendapatan,” ujarnya.

Dalam pada itu kata Masnor, meskipun sederhana, diharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan kesempitan yang dihadapi dan turut memberikan komitmen untuk terus membantu golongan itu.

“Bantuan makanan serta keperluan harian ini akan diusahakan lagi bagi membantu lebih ramai mereka yang terkesan,” kata Mansor.

Advertisement

Terdahulu, sebanyak 50 penerima dari kalangan nelayan menerima bantuan terutamanya di kawasan Parit Raja Laut dan di sekitar Parlimen Muar.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top