BM | EN | 中文

NELAYAN JOHOR SELATAN HARAP BANTUAN DITERUSKAN

IMG-20191115-WA0028.jpg
Advertisement

 

GELANG PATAH, 15 NOV: Persatuan Nelayan Johor Selatan berharap agar bantuan yang diberikan untuk para nelayan di kawasan tersebut akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Pengerusinya Azli Mohd Aziz berkata ini berikutan kesanggupan para nelayan berkorban demi memberi laluan kepada pembangunan di kawasan mereka mencari rezeki.

Advertisement

“Ini supaya nelayan-nelayan dapat menikmati erti pembangunan di kawasan tersebut,” katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian bantuan khas nelayan Johor Selatan bagi tahun 2019 di dewan Desa Paya Mengkuang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mewakili nelayan Johor Selatan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas bantuan tersebut.

Azli berkata, nelayan-nelayan di Johor Selatan tetap menyokong kepimpinan Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Advertisement

“Harapan para nelayan adalah supaya bantuan ini dimasukkan dalam Belanjawan Johor 2020 yang akan dibentangkan tidak lama lagi,” katanya.

Kedudukan kawasan nelayan Johor Selatan terletak di sepanjang pesisiran pantai selatan Johor merangkumi enam kawasan Parlimen iaitu Tanjung Piai, Gelang Patah, Pulai, Johor Bahru, Pasir Gudang dan Tebrau.

Pada tahun lalu, seramai 1,824 nelayan menerima bantuan, manakala jumlah penerima tahun ini seramai 1,513.

Advertisement

Difahamkan, penurunan berikutan ada di kalangan nelayan tidak aktif dan meninggal dunia.

Pada majlis tersebut, seramai 432 nelayan dari kawasan Parlimen Gelang Patah dan Pulai menerima bantuan RM1,000 yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top