BM | EN | 中文

Nelayan hilang, mayat ditemui tersangkut pada pukat

maritim-01-scaled.jpg

mayat nelayan yang ditemui

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 JAN: Satu mayat lelaki dijumpai tersangkut pada pukat di kedudukan kira-kira 3.9 batu nautika tenggara Tanjung Tohor, Batu Pahat lebih kurang jam 1 petang, semalam.

Mayat berkenaan dipercayai seorang nelayan yang dilaporkan hilang. Difahamkan mangsa telah keluar ke laut bagi menangkap ikan kira-kira jam 9 pagi di sekitar perairan Sungai Nibong, Batu Pahat.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) nelayan berkenaan pada jam 6 petang semalam.

Advertisement

“Terdahulu, satu mayat lelaki dijumpai tersangkut pada pukat di kedudukan kira-kira 3.9 batu nautika tenggara Tanjung Tohor, Batu Pahat lebih kurang jam 1 tengah hari.

“Susulan itu, sebuah bot dari Zon Maritim Batu Pahat telah digerakkan ke lokasi bagi mengambil dan membawa mayat tersebut ke darat untuk tindakan selanjutnya ” katanya.

Tambah beliau lagi, mayat tersebut kemudiannya disahkan oleh anak mangsa yang turut memaklumkan bahawa mangsa merupakan rakan nelayan yang keluar ke laut bersama-sama seorang lagi mangsa yang kini sedang dicari.

Advertisement

“Difahamkan juga, berdasarkan maklumat yang diperolehi bot yang dinaiki mereka dipercayai telah karam,” katanya lagi.

Beliau menasihatkan orang ramai terutama para pengguna perairan Johor yang berdepan situasi kecemasan dinasihatkan supaya segera menghubungi talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Negeri Johor (07-219 9404) atau talian kecemasan MERS 999 agar tindakan segera dapat diambil oleh Maritim Malaysia.

“Selain itu, Maritim Malaysia turut menasihatkan agar segala faktor keselamatan sentiasa dititikberatkan oleh komuniti maritim,” katanya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top