BM | EN | 中文

Nelayan hilang di Mersing, dikhuatiri lemas

nurul-hizam-zakaria-nelayan-hilang-dikhuatiri-lemas-di-Mersing.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

MERSING, 5 MAC: Seorang nelayan tempatan dikhuatiri lemas ketika keluar kira-kira empat batu nautika timur Pulau Rawa di sini, awal pagi Rabu.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada 7 pagi kelmarin setelah kehilangan mangsa disedari rakannya ketika sedang mengikat tali pada bahagian belakang bot kira-kira pukul 6.20 pagi.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Samsul Bahri, 54, seorang awak-awak dari Kampung Tun di sini.

Advertisement

“Rakannya cuba memberi bantuan awal dengan memberi tali kepada mangsa namun gagal apabila mangsa terus tenggelam di posisi tersebut

“Bertindak atas maklumat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Mersing telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan mengatur gerak Bot Kilat 14 ke sektor pencarian mangsa, katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Nurul Hizam berkata operasi SAR itu turut dibantu aset dan anggota dari Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam serta komuniti nelayan setempat.

Advertisement

“Operasi SAR adalah sekitar 75.6 batu nautika (yang dilakukan agensi-agensi terlibat) dengan kawasan pencarian tertumpu antara Pulau Besar hingga Pulau Tinggi.

“Kali terakhir mangsa dilihat memakai seluar merah, berkasut getah hitam dan tidak memakai jaket keselamatan, katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top