BM | EN | 中文

NELAYAN GUNA PUKAT HANTU, KENA TINDAKAN TEGAS

IMG-20191110-WA0050.jpg
Advertisement

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN, 11 NOV: Kerajaan tidak akan berkompromi dengan nelayan yang didapati menggunakan pukat hantu kerana ia boleh menjejaskan ekosistem hidupan laut.

Advertisement

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur, namun akan bertegas dalam soal tersebut.

Katanya, ketegasan pihaknya dalam soal tersebut bertujuan untuk memastikan persekitaran tidak terjejas.

“Nelayan yang melanggar syarat lesen ditetapkan akan diambil tindakan tegas. Jika mereka tetap mengulangi perkara sama maka tiada maaf.

Advertisement

“Pukat hantu memang beri kesan kepada sumber hidupan laut, jika perkara ini masih berterusan tindakan tegas akan dikenakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan Pengkalan Simpang Kiri, Pengkalan Sungai Boh, Sungai Chengkeh dan Pengkalan Sungai Dinar, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil.

Advertisement

Tambah Salahuddin, isu penggunaan pukat hantu bukan perkara baharu dan beliau telah mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang dikesan terlibat sejak menerajui kementerian tersebut.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top