BM | EN | 中文

Nelayan ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Endau

Nelayan-ditemukan-lemas-selepas-terjatuh-ke-dalam-Sungai-Endau.jpg
Advertisement

MERSING, 30 OKT: Seorang nelayan ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Endau dalam kejadian di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau, dekat Mersing, awal hari semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing ASP Mohd Nor Mohd Isa berkata, Muhammad Al-Syafiq Roosol, 25, yang merupakan awak-awak bot ditemukan lemas oleh pihak bomba pada pukul 4.17 petang tadi, di kedudukan kira-kira lima meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Katanya, polis menerima maklumat berhubung kejadian membabitkan mangsa, Muhammad Al-Syafiq yang beralamat di Kuala Terengganu itu pada pukul 2.30 pagi semalam. menerusi orang awam.

Advertisement

Operasi mencari dan menyelamat SAR dimulakan pada jam 7 pagi di jeti terbabit dengan operasi mencari dan menyelamat tersebut melibatkan pihak polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam.

Mohd Nor berkata mayat Muhammad Al-Syafiq kini dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Endau Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 8.30 pagi tadi dan seramai 18 anggota bomba digerakkan untuk operasi SAR termasuk 10 anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA).

Advertisement

Mohd Alias berkata menurut maklumat saksi, Muhammad Al-Syafiq terjatuh ke dalam sungai ketika cuba melompat daripada jeti untuk menaiki bot dan terus tenggelam.

“Operasi menyelamat dilakukan dengan teknik mencari di permukaan air dengan menggunakan sebuah bot aluminium di kawasan jeti berkenaan iaitu jarak 200 meter ke Kuala Sungai Endau dan jarak satu meter ke bahagian hulu sungai ,” katanya.

Beliau berkata, operasi berkenaan turut dibantu para nelayan tempatan.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top