BM | EN | 中文

“Negara lain beri suntikan vaksin tanpa birokrasi pendaftaran”

Dr-Zaliha-Mustafa.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JUN: Malaysia perlu mencontohi negara lain seperti Singapura, Indonesia dan Amerika Syarikat yang memberikan suntikan vaksin kepada rakyat mereka tanpa birokrasi pendaftaran.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr.Zaliha Mustafa berkata, negar-negara tersebut telah pun mencapai kadar vaksinasi yang tinggi.

“Negara jiran Indonesia melaporkan capaian vaksin yang melebihi 300,000 suntikan sehari. Mereka memperkenalkan kaunter bergerak, kaunter terbuka (open counter) dan kaunter pandu lalu (walk in counter) seperti apa yang dilaksanakan di Arizona, Texas dan Detroit, Amerika Syarikat.

Advertisement

“(Mereka) membenarkan sesiapa sahaja menerima vaksin, mempermudahkan capaian vaksin kepada kumpulan-kumpulan sasar seperti warga emas dan pelajar demi memastikan rangkaian jangkitan Covid 19 ini diberhentikan secepat mungkin.

“Malah sukarelawan khususnya sukarelawan perubatan, orang awam dan tentera turut memainkan peranan dan digembeling tenaga mereka tanpa kerenah birokrasi yang menyusahkan,” kaa Dr.Zaliha dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan yang mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan tarikh tutup pendaftaran vaksin dengan alasan supaya rakyat tidak sambil lewa atas usaha untuk mendapatkan vaksin.

Advertisement

“Ini adalah benar-benar tidak wajar. Sedangkan mereka yang telah lama berdaftar dalam sistem MySejahtera pun masih ramai lagi yang belum menerima vaksin, ini kan pula untuk menguatkuasakan tarikh tutup pendaftaran.

“Jika kerajaan mahu terus menggunakan sistem pendaftaran vaksin untuk memastikan pelaksanaan Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan (PICK) atau NIP ( National Imminisation Program) ini mudah untuk dipantau, seharusnya kita menggalakkan lebih ramai lagi rakyat berdaftar.

“Perluas dan pemudahkan urusan pendaftaran. Ramai sukarelawan juga ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri telah melaksanakan usaha ini di kawasan seliaan masing-masing.

Advertisement

“Agensi-agensi kerajaan yang wujud di kawasan-kawasan pedalaman yang tiada capaian internet boleh turut dikerah bagi membantu penduduk yang mungkin ada masalah dalam mendaftarkan diri mereka.

“Apa yang lebih penting ialah mempercepatkan kemasukan vaksin ke negara ini, memudahkan akses kepada vaksin agar seramai mungkin rakyat mendapat suntikan vaksin dengan kadar yang segera,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top