BM | EN | 中文

NASSIER WAHAB MENINGGAL DUNIA PADA USIA 57 TAHUN

takziah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 DIS: Penyanyi popular tanah air, Datuk Nassier Wahab telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 12.45 tengah malam tadi.

Penyanyi berusia 57 tahun itu dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang berasal dari Pulau Pinang itu memulakan karier nyanyi dan lakonan pada tahun 1980-an.

Advertisement

Antara lagu popular dendangannya termasuklah Memori Cinta Luka dan Sekali Aku Jatuh Cinta.

Allahyarham turut berkesempatan menyertai pertandingan televisyen popular Gegar Vaganza pada tahun 2015 dan mendapat tempat keempat.

Akhbar tempatan melaporkan Allahyarham pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri pada 15 Julai lalu.

Advertisement

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf, 56, dan seorang anak, Intan Najihah.

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top