BM | EN | 中文

Nasir Yusoff, bekas pemain Johor dilantik penasihat teknikal Kelantan FC

Kelantan-FC-nasir-yusof.jpg

Gambar Ehsan FB Johor Southern Tigers

Advertisement

KOTA BHARU, 20 OKT: Kelantan FC melantik legenda bola sepak negara Nasir Yusoff sebagai Penasihat Teknikal berkuat kuasa 1 Oktober lepas.

Pelantikan bekas pemain kebangsaan yang terkenal dengan jolokan ‘The Professor’ itu bagi membantu memperkasa dan meningkatkan prestasi pasukan khususnya dalam menghadapi saingan Piala Malaysia yang dijadual bermula pada 6 Nov ini.

Pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman berkata pelantikan Nasir itu berdasarkan kepada pengalaman yang dimiliki selain peranan yang dimainkan beliau dalam pembangunan peringkat akar umbi.

Advertisement

“Khidmat Nasir ditagih bagi membantu Kelantan mengharungi saingan Piala Malaysia musim ini. Saya berharap pasukan mampu melakukan kejutan pada saingan Piala Malaysia nanti dengan semua pemain memberi sepenuh tumpuan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norizam berkata beliau yakin bekas pemain Johor itu mampu menggalas tanggungjawab untuk membantu melonjak skuad Kelantan FC ke peringkat lebih tinggi pada masa akan datang.

Nasir pernah mendakap dua kali kejuaraan Piala Malaysia pada tahun 1985 dan 1991 ketika menyarung jersi Johor sejak tahun 1981 hingga 1994.

Advertisement

Beliau melakukan 86 penampilan bersama skuad Harimau Malaya bermula 1982 sehingga 1994.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top