BM | EN | 中文

Nasib pekerja di Johor yang dibuang perlu dibela

pekerja_expat.com_.png

Gambar HIasan. Ehsan expat.com/

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 MEI: Kerajaan Johor perlu menyelamatkan 15,597 pekerja di Johor yang dibuang atau dikurangkan gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Adun Perling, Cheo Yee How berkata, kerajaan negeri harus berfikir untuk mewujudkan kaedah bagi menyelamatkan nasib pekerja-pekerja ini terutamanya bagi mereka yang telah diberhentikan.

“Kerajaan tidak harus menuding jari ke arah majikan kerana mereka juga mengalami masalah menanggung kerugian sewaktu PKP.

Advertisement

“Apa yang harus dibuat adalah perangkaan strategik untuk menyelamatkan mereka yang telah diberhentikan kerja atau mencari jalan lain membantu menampung nasib mereka yang telah dipotong gajinya.

Adun Perling, Cheo Yee How

“Kerajaan tidak harus lepas tangan dan kita harap kerajaan telah bersedia berhadapan dengan kesan negatif dari PKP yang telah dilaksanakan,” kata Yee How dalam satu kenyataan.

Sehubungan dengan itu, Yee How telah memberikan beberapa langkah untuk kerajaan menyelesaikan permasalahan berkenaan dengan nasib yang telah menimpa pekerja yang diberhentikan.

Advertisement

“Antara mekanisma lain, kerajaan perlu mencari mereka yang diberhentikan kerja ini untuk memberikan tawaran (kerja) lain kepada mereka agar dapat meneruskan hidup. Kita tidak tahu apakah tanggungan sedang dipikul mereka.

“Selain itu bagi berhadapan dengan keadaan gawat ini, kerajaan perlu mengadakan hubungan dengan semua syarikat swasta bagi memenuhkan rakyat kita yang sudah kehilangan kerja serta mempertimbangkan untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing.

“Saya mencadangkan agar kerajaan menghentikan untuk mengambil pekerja asing dan utamakan atau buka ruang kepada pekerja tempatan untuk mengisi kekosongan tersebut,” katanya lagi.

Advertisement

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan mendedahkan sebanyak 398 majikan di Johor telah membuat permohonan pemberhentian dan pemotongan gaji dengan jumlah anggaran pekerja seramai 15,597 orang.

Menurutnya, pecahan permohonan melibatkan jumlah pekerja adalah seperti beikut : Pemberhentian Tetap (1,443), Pemberhentian Sukarela (180), Pemberhentian Sementara (2,864) dan Pengurangan Gaji (11,110).

“Selaras dengan Seksyen 63 Akta Kerja 1955, pihak majikan diwajibkan untuk mengemukakan sebarang penyata perihal pekerja sama ada pengambilan atau pemberhentian pekerja melalui Borang PK,” kata Vidyananthan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top