BM | EN | 中文

Nasib kerajaan PN dalam percaturan Umno – Khaled Nordin

khaled-nordin.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 27 JUN: Nasib kerajaan Perikatan Nasional adalah dalam percaturan Umno, kata Naib presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Khaled berkata, untuk mewujudkan kerajaan yang stabil di Malaysia, Umno mesti jadi sebahagian dari angkubahnya.

“Pakatan Harapan tumbang kerana peranan Umno menjadi pendesak dan pengaturcara. Perikatan Nasional tertubuh kerana Umno memberikan talian hayatnya,

Advertisement

“Maka nasib Perikatan Nasional seterusnya adalah dalam percaturan Umno,” kata Khaled dalam catatan di laman facebook beliau, Jumaat lalu.

Justeru itu katanya, jika Umno ingin berkelangsungan, parti itu perlu teguh dengan keputusan.

“Pada Umno-lah kunci sebuah pemerintahan yang berfungsi boleh dijelmakan.

Advertisement

“Ini maksudnya hanya institusi Presiden dan Majlis Tertinggi sebagai pengemudi perjalanan Umno,” kata Khaled.

Tambah beliau, segala yang diluar institusi Umno bukan mewakili kepentingan parti, malah adalah elemen yang bercanggah kepada parti.

“Samada kita bersetuju dengan individu atau tokoh tertentu dalam kepimpinan parti, itu biarlah kita simpan dalam nurani kita. Namun disiplin parti mesti kita kekalkan,” kata Khaled.

Advertisement

Difahamkan kenyataan itu muncul selepas wujud ura-ura mengenepikan presiden Umno, Zahid Hamidi untuk diganti dengan Hishamuddin Hussein.

Sebelum ini, dilaporkan ahli parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz mendakwa bahawa majoriti 25 daripada 42 anggota Parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap Zahid.

Namun, pejabat Bendahari Agung BN yang dipimpin Hishammuddin menafikan dia menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa mendapat sokongan BN untuk menjadi perdana menteri baru.

Advertisement

Tambah Khaled, pemimpin Umno mesti mengendurkan aspirasi peribadi dan mengutamakan aspirasi parti dan negara.

“Kekadang terlalu banyak pertindihan pendirian sehingga ahli dan rakyat jadi bingung pendirian mana yang Umno ini sebenarnya perjuangkan.

“Mereka yang terpilih dek keputusan perwakilan adalah wakil sebenar parti dan kepada merekalah kita sandarkan keyakinan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top