BM | EN | 中文

Nama diabadi di pelbagai institusi Johor Bahru, wanita tulang belakang pembangunan dan kemajuan

Norhayati-Majid.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 MAC: Wanita perlu terus diiktiraf sebagai tulang belakang kejayaan dan berjasa kepada pembangunan bandar raya Johor Bahru secara am dan di parlimen Pulai secara khusus.

Pengawai khas ahli parlimen Pulai, Norhayati Majid berkata, ia dibuktikan apabila ramai nama wanita tercatat pada pelbagai institusi di bandar raya ini.

“Sebagai contoh, Sekolah Tun Fatimah, Hospital Sultanah Aminah, Jalan Datin Halimah dan banyak lagi.

Advertisement

“Ini adalah contoh di mana wanita adalah golongan penyumbang besar dalam pembangunan di bandar Johor Bahru.

“Jelas wanita adalah tulang belakang penting dalam menggerakkan ekonomi tempatan dan antara penggerak awal di negeri ini,” katanya pada majlis sambutan hari wanita sedunia peringkat parlimen Pulai, semalam.

Katanya cabaran utama dihadapi wanita hari adalah ketidakstabilan ekonomi yang boleh mendatangkan lebih banyak masalah seperti tekanan jiwa selain peningkatan kadar jenayah dan kemelaratan hidup.

Advertisement

“Di sini (Pulai) kebanyakannya adalah golongan wanita bandar.

“Mereka terpaksa bertarung dengan cabaran ekonomi rumah tangga lebih-lebih lagi bagi yang bertukar dari tulang rusuk menjadi tulang belakang keluarga,” katanya.

Tambah beliau, isu emosi dan sosial melibatkan keluarga adalah cabaran yang menduga wanita hari ini.

Advertisement

Pada majlis itu empat tokoh wanita tempatan dipilih menjadi ikon wanita, antaranya Puan Sharifah dan Puan Camelia yang mengasas dan mengurus rumah anak-anak yatim di Johor Bahru.

Selain penghargaan diberikan kepada Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Mak Ani, tokoh tempatan yang banyak menyumbang kepada kebajikan dan pembangunan masyarakat iaitu

Beliau merupakan seorang guru mengaji dan juga pengusaha kedai tayar dan aksesori kereta di Johor Bahru.

Advertisement

Perhargaan turut diberikan kepada pengerusi Rumah Kebajikan Kuan Yin yang menempatkan kira-kira 100 warga emas.

Majlis penghargaan itu turut dihadiri ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub serta pegawai dan sukarelawan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai (PKRPP).

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top