BM | EN | 中文

“Najib simpan RM1 bilion, peneroka simpan hutang RM150,000”

Ridhuan-Esa.jpg

KOTA TINGGI , 24 OGOS: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lupa dengan apa yang berlaku kepada Felda sewaktu pentadbiran beliau ketika menyandang jawatan Perdana Menteri.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Tenggara Ridhuan Esa berkata, permintaan Najib ketika berkempen di PRK DUN Slim, agar peneroka mengundi Barisan Nasional (BN) supaya  tidak ditipu hanya ingin menutup kesalahan dirinya.

Kata Ridhuan, tahun 2012 adalah detik hitam bagi Felda dan FGVHB yang disenaraikan di bursa saham dan dalam masa yang sama ladang, kilang serta anak syarikat Felda dipajakkan sehingga Felda hilang pendapatan setiap tahun lebih dari RM 1 billion.

“Janji Najib adalah Tranformasi Felda untuk kayakan peneroka. Pada tahun 2017 sebelum Najib dan BN jatuh, Felda telah berhutang sebanyak RM 14.4 billion, jumlah hutang peneroka lebih RM 5 bilion.

“Najib lupa beliau melancarkan pelbagai projek termasuk penternakan ikan sturgeon, perumahan generasi baharu Felda, projek Sentuhan Kasih dan lain-lain.

“Berbillion ringgit hangus, projek terbengkalai, harapan peneroka dan generasi musnah untuk melihat kekayaan Felda setelah 50 tahun pertamanya menggilap kejayaan.

“Beliau juga barangkali tidak tahu pada 2017 menteri bertanggungjawab kepada Felda mengumumkan peneroka Felda berhutang RM 5 bilion dan janji untuk memuktamadkan penyata hutang Felda gagal dibuat,” kata Ridhuan dalam satu kenyataan.

Beliau turut mendakwa ketika itu Najib sendiri mengakui peneroka Felda mempunyai hutang ekstrem sehingga terpaksa mengumumkan peruntukan RM 300 juta bagi mengurangkan hutang peneroka.

Manakala pada 2019, Kertas Putih yang dibentang mendedahkan banyak kepincangan pengurusan Felda dan FGVHB ketika Najib sebagai Perdana Menteri sehinggakan laporan polis dibuat keatas bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan individu lain.

“Hutang peneroka diumumkan meningkat kepada RM 7.5 bilion dan perbelanjaan Felda meningkat ketika PRU 14 berlangsung. Felda diperah untuk Najib dan BN kekal sebagai kerajaan menarik undi warga Felda.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mustapa Mohamed pada 10 Ogos 2020 dalam sesi penggulungannya di Dewan Rakyat menyatakan purata hutang peneroka sekitar RM 150,000.

“Warga Felda tidak lupa bagaimana Najib menyimpan harta di rumah bernilai hampir RM 1 bilion ketika kebajikan peneroka terabai kerana kerosakan Felda serta menanggung hutan.

“Adakah pengundi DUN Slim akan menolak fakta yang benar berkenaan apa yang berlaku ketika Najib sebagai Perdana Menteri?” soalnya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top