BM | EN | 中文

Najib Razak masuk senarai data pesalah rasuah di laman web SPRM

najib-sprm-data-pesalah-rasuah.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 SEPT: Bekas Perdana Menteri, Najib Razak menyertai senarai pangkalan data ‘Name and Shame’ di laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut SPRM, pangkalan data ini berkhidmat sebagai satu alat kesedaran yang penting untuk membantu orang awam dan organisasi dalam melaksanakan proses penyelidikan dan penilaian sebelum mengambil, melantik atau menaikkan pangkat pekerja mereka.

SPRM pada paparan di laman web menyatakan objektif utama inisiatif itu untuk menunjukkan langkah-langkah pencegahan dan memberikan petunjuk yang jelas bahawa perang telah diisytiharkan terhadap rasuah.

Advertisement

Antara yang terpapar pada data pesalah rasuah adalah fakta kes, ringkasan pertuduhan, tempat mahkamah perbicaraan, nama hakim, pendakwaraya, peguambela dan hukuman.

Sementara itu, turut dinyatakan pada laman itu kes Najib kini dalam status ‘sedang dirayu’.

Semalam tular di laman media sosial imej tangkap layar ‘Name And Shame’ berkaitan Najib Razak yang disabit bersalah atas kesalahan rasuah.

Advertisement

Data tersebut masih boleh dibaca melalui pautan berikut.

Najib sebelum ini bersalah kesemua tujuh tuduhan salahguna kedudukan, pecah amanah da pengubahan wang haram melibatkan syarikat SRC International.

Beliau menjadi perdana menteri Malaysia pertama yang didakwa, disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan denda RM210 juta.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top