BM | EN | 中文

Najib Razak didapati bersalah semua tujuh pertuduhan

naib-razak-SRC-theedgemarkets.jpg

Gambar Ehsan theedgemarkets.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 JUL: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas semua tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram keatas beliau.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menyampaikan keputusan tersebut iaitu tujuh pertuduhan tersebut yang membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Kata hakim, pihak pembelaan gagal mewujudkan keraguan munasabah keatas kes yang dibawa pasukan pendakwaan.

Advertisement

Disebabkan itu, pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes ke atas Najib melebihi keraguan yang munasabah.

Mohd Nazlan berkata tertuduh dimaklumkan bahawa dana itu daripada SRC dan sebagai menteri kewangan beliau ialah pemilik syarikat itu dari aspek undang-undang.

Beliau berkata tertuduh juga tidak bertindak dalam isu pengembalian dana SRC sebanyak RM42 juta atas alasan siasatan masih berjalan.

Advertisement

Jho Low, rakan tertuduh faham peranannya dan tiada keraguan bahawa dia berurusan dengan akaun bank Najib dan sukar untuk mencadangkan Najib sebagai mangsa penipuan Jho Low.

Mohd Nazlan berkata Najib juga tidak bertindak keatas RM42 juta yang tak dipulangkan.

“All roads lead to Rome and (the accused) lead it to Riyadh (Semua kekayaan pergi kepada Rom dan (tertuduh) mengarahkannya ke Riyadh), katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan pasukan pembelaan bahawa tertuduh menyangka bahawa wang dalam akaun banknya adalah sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Kata Mohd Nazlan, hanya selepas itu Jho Low memaklumkan berkaitan hasrat Raja Abdullah untuk menderma.

“Tak konsisten dengan apa yang Raja Abdullah kata di Riyadh. Sukar untuk cadangkan Najib jadi mangsa Jho Low,” kata hakim.

Advertisement

Tertuduh juga tidak meminta kepada pegawai-pegawaI kerajaan, terutamanya daripada Jabatan Perdana Menteri, untuk mengesahkan kesahan “derma” itu dengan pihak Arab Saudi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top