BM | EN | 中文

Najib cadang GST dilaksana semula

najib-gst.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 SEPT: Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan kerajaan melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut beliau GST perlu dilaksanakan secepat mungkin apabila negara pulih daripada pandemik Covid-19.

Kata Najib, GST perlu dilaksanakan sekiranya negara ingin mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan dan mengukuhkan kekuatan fiskal kerajaan.

Advertisement

“Kutipan hasil GST boleh diagihkan kepada B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar berbanding dengan nilai GST yang dibayar mereka,” katanya dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di sidang Dewan Rakyat semalam.

Kata Najib lagi, GST mampu mengurangkan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi sekali gus dapat menarik pelaburan asing.

Katanya, GST akan menyumbang kepada fiskal kerajaan dan lebihan pendapatan itu dapat dipulangkan kepada golongan B40 dan M40.

Advertisement

Ujarnya lagi, GST juga menyasarkan ekonomi gelap dengan saiz sebesar RM300 bilion setahun yang sebelum ini terlepas daripada membayar apa-apa cukai.

“Dengan GST, saiz ekonomi gelap dapat dikuncupkan yakni dianggaran dari 25 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 10 peratus,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top