BM | EN | 中文

Naiktaraf surau Kg Bakar Batu ke status masjid, MP Johor Bahru bawa cadangan ke pihak berkenaan

JB-akmal-nasir-surau-kg-bakar-batu-aidil-adha.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 OGOS: Ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir akan memajukan pandangan kariah surau Surau Al-Mubarak, Kampung Bakar Batu dekat sini untuk dinaiktaraf ke status masjid kepada pihak berkenaan.

Akmal dalam satu catatannya di laman Facebook berkata, secara dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan tersebut, namun dari segi pratikal memerlukan pemerhatian berhubung beberapa isu, antaranya parkir yang terhad.

“Secara dasarnya saya bersetuju dengan cadangan tersebut. Dari segi pratikal, parkir yang terhad akan menjadi isu utama.

Advertisement

“Namun, perkara ini boleh dipertimbangkan dengan alasan terdapat Dewan Raya bersebelahan surau yang mempunyai tempat letak kereta.

“Perlu ada persetujuan dengan pengurusan Dewan untuk membenarkan parkir untuk solat Jumaat

“Rata-rata jemaah adalah datang dari Kampungg Bakar Batu yang mana kejiranannya agak rapat, kelazimannya bermotorsikal dan berjalan kaki. Sekiranya berlaku kekesakan ketika solat Jumaat, ianya tidak akan melibatkan jalan utama,” kata Akmal.

Advertisement

Beliau bagaimanapun akan mengemukakan pandangan ini kepada pihak berkenaan.

“Insya Allah pihak jawatankuasa surau akan meneruskan permohonan penaiktarafan mengikut proses yang ditetapkan,” ujarnya.

Selain lawatan ke surau Al-Mubarak Bakar Batu, Akmal turut berkesempatan singgah di Surau Darussalam, Kampung Tengah dan juga Kampung Dato Hajah Hasnah sepanjang sambutan hari raya Aidiladha.

Advertisement

Antara masjid dan surau yang sempat dikunjungi ialah Masjid Jamek Kg Kurnia, Masjid Jamek Kg Melayu Majidee, Masjid An-Nur, Taman Larkin Perdana, Masjid Taman Dato’ Onn (Bomba Larkin), Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Surau Al Falah, Jalan Jagong dan Surau Ar Rahman, Jalan Tiong.

Kata Akmal ia sebagai menghargai komitmen penduduk setempat dalam menyempurnakan ibadah korban.

“Walaupun terpaksa mengikut garis panduan SOP yang ditetapkan, semangat kerjasama dan gotong-royong masih dikekalkan. Ada lokasi yang saya hanya mampu singgah sebelum urusan agihan kerana kekangan masa.

Advertisement

“Saya berterima kasih kepada semua yang menjaga ukhwah dan sudi menerima kunjungan saya,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top