BM | EN | 中文

NAIKTARAF JETI SUNGAI BOH MANFAATKAN NELAYAN

IMG-20191110-WA0014.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 10 NOV: Peruntukan RM1 juta yang disalurkan bagi membina semula dan menaik taraf jeti pengkalan Sungai Boh diharap memberi manfaat kepada nelayan di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Solihan Badri berkata, kerajaan negeri sentiasa merancang dan menjalankan pelbagai usaha bagi meningkatkan kemudahan prasarana bagi kemudahan nelayan di kawasan tersebut.

Advertisement

Difahamkan, projek pembinaan jeti itu dijangka bermula pada tahun hadapan dengan pelbagai kemudahan yang akan dibina, antaranya seperti kawasan tambatan bot, gerai makan dan jeti memancing.

“Saya ada meninjau jeti nelayan Sungai Boh dan peruntukan untuk menaiktaraf jeti ini telah diluluskan bernilai RM1 juta.

“Saya juga dibawa menaiki bot oleh orang tempatan menyusuri Sungai Boh ke Sungai Pulai bagi meninjau lebih dekat pembangunan kawasan sekitar.

Advertisement

“Ini salah satu dari lebih 10 projek yang diusahakan oleh Allahyarham Dr. Farid Rafik semenjak menjadi Ahli Parlimen Tanjung Piai,” kata Solihan dalam satu kenyataan.

Dalam tinjauannya ke jeti berkenaan kelmarin, Solihan berkata, beberapa struktur kayu yang usang akan diganti dengan pembinaan jeti konkrit baru yang lebih kukuh.

“Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sedang mengenalpasti lokasi sesuai untuk pembinaan jeti bernilai RM1 juta di Sungai Boh,” kata Solihan yang juga Adun Tenang.

Advertisement

Dalam pada itu, Solihan turut meluangkan masa menaiki bot dan menyusuri Sungai Boh bagi mengenalpasti potensi yang boleh dibangunkan bagi memberi pulangan ekonomi kepada penduduk setempat, terutamanya golongan nelayan.

Jeti Sungai Boh merupakan salah satu daripada 17 buah projek inisiatif Ahli Parlimen Tanjung Piai, Allahyarham Dr Md Farid Rafik yang telah diluluskan kerajaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top