BM | EN | 中文

Naiktaraf jalan di Ladang Pamol akan dimulakan – Adun Paloh

Naiktaraf-jalan-di-Ladang-Pamol-akan-dimulakan-Adun-Paloh.jpg
Advertisement

KLUANG, 19 APR: Kerja-kerja menaiktaraf jalan di Ladang Pamol dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Paloh akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi kemudahan penduduk di sekitar kawasan itu.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuang telah membuat lawatan akhir sebelum kerja-kerja di Ladang Pamol dimulakan.

Dalam satu kiriman di laman Facebook, Sheikh Umar berkata, kerja-kerja naiktaraf jalan itu akan melibatkan kawasan jalan di hadapan Masjid menuju ke SJK Tamil.

Advertisement

Selain itu, naiktaraf jalan turut melibatkan laluan masuk ke Kuil Sri Maha Mariamman.

Katanya, kuil Sri Maha Mariamman menerima kunjungan sehingga mencecah 200 orang pada satu-satu masa dan dihadiri penduduk dari Ladang Pamol, Kampung Gajah, Taman Puteri dan beberapa lagi kawasan sekitar.

“Jalan ini panjangnya sekitar 150 meter dan menjadi laluan utama penduduk menghantar anak-anak ke sekolah.

Advertisement

“Pada masa yang sama, jalan ini menjadi laluan kepada para pengunjung masjid dan gereja disini yang berada betul-betul tepi jalan laluan yang sama.

“JKR maklumkan bahawa kerja-kerja ini akan ambil masa sekitar empat minggu untuk disiapkan.

“Jika tiada aral, pertengahan bulan hadapan dapatlah penduduk disini mula menggunakan laluan yang lebih selesa ini,” kata Sheikh Umar lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top