BM | EN | 中文

Naikkan kompaun kepada RM10,000 amalan dua darjat

Lim-Guan-Eng-LGE.jpg

Lim Guan Eng (Gambar Ehsa The Star)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Keputusan kerajaan menaikkan denda kompaun dari RM1,000 kepada RM10,000 untuk individu, dan kepada RM50,000 untuk syarikat, di bawah pindaan darurat pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ibarat amalan dua darjat.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan memilih untuk menggunakan pendekatan retributif atau menghukum terhadap mereka yang melanggar PKP.

“Ini adalah langkah salah kerana pendekatan menghukum tidak berkesan untuk membendung peningkatan kes Covid-19 tetapi akan menyebabkan masalah kewangan kepada mereka yang melanggar, terutama yang datang dari kumpulan berpendapatan rendah yang sudah menderita dari kemelesetan ekonomi sekarang.

Advertisement

“Penguatkuasaan undang-undang yang adil dan saksama, dan bukannya amalan dua darjat antara seorang Menteri dan rakyat akan lebih membantu mengurangkan jumlah kes COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kata bekas menteri kewangan itu, kerajaan seharusnya mendidik masyarakat untuk bekerjasama bagi membendung COVID-19, termasuk melalui pelaksanaan penuh 3T – saringan, pengesanan semua kontak rapat pesakit positif COVID-19 dan rawatan diperlukan.

“Kadar denda kompaun pada masa ini sudah mencukupi untuk memberi mesej supaya mematuhi SOP dengan tegas.

Advertisement

“Tidak perlu memaksa rakyat sehingga menjurus kepada masalah kewangan apabila hukuman tersebut sepatutnya ditetapkan bukan berdasarkan pada golongan kaya tetapi pada kemampuan golongan miskin untuk membayarnya.

“Kerajaan PN boleh dianggap menyalahkan rakyat atas peningkatan kes COVID-19 yang menjadikan Malaysia sebagai negara terburuk terkesan di ASEAN, walaupun sebab sebenarnya adalah kegagalan, teladan buruk kepimpinan dan salah urus oleh para Menteri PN,” ujarnya.

Sebelum ini kerajaan PN mengumumkan denda kompaun dari RM1,000 kepada RM10,000 untuk individu, dan kepada RM50,000 untuk syarikat, di bawah pindaan darurat pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Advertisement

Dalam perkembangan sama kata Guan Eng, Ketua Biro Undang-Undang DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal serta ahli parlimen Bruas, Ngeh Koo Ham akan mengkaji pindaan dalam pelaksanaan kenaikan hukuman yang berkuatkuasa pada 11 Mac ini.

“Saya telah meminta Biro Bantuan Guaman DAP untuk mengkaji cara membela rakyat terhadap kenaikan hukuman melanggar sekatan PKP yang keras dan melampau,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top