BM | EN | 中文

Naikkan bantuan kebajikan kepada RM1,000 sebulan

lim-guan-eng.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 JUL: Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng mengulangi gesaan agar pembayaran bantuan bulanan kebajikan masyarakat dinaikkan kepada RM1,000 bagi membantu golongan memerlukan dan penganggur.

Guan Eng berkata, pembayaran itu akan menelan belanja tambahan RM1 bilion setiap bulan.

“Berapa sangatlah tambahan RM1 bilion setiap bulan berbanding dengan kos ‘total lockdown’ sekarang yang dianggarkan berjumlah RM170 bilion oleh pakar ekonomi?” kata Setiausaha Agung DAP itu dalam satu kenyataan.

Advertisement

Beliau yang juga mantan Menteri Kewangan, berkata, jumlah yang dicadangkan jumlah yang lebih tinggi sebanyak RM1,500 setiap bulan.

Jelasnya, ini kerana kenaikan bantuan bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1,000 ini adalah janji yang dibuat oleh Perdana Menteri semasa janji pilihan raya negeri Sabah tahun lalu.

“Sehingga kini janji ini hanya sekadar janji kosong,” katanya, lapor Roketkini.

Advertisement

Sebaliknya, beliau berkata, hanya janji-janji seperti melantik timbalan menteri, menteri atau bahkan timbalan perdana menteri yang dilihat ditunaikan.

“…(Tindakan itu) tanpa memberi sebarang kesan positif kepada negara dalam mengurangkan jumlah tertinggi kes dan kematian Covid-19, proses vaksinasi yang cepat dan lancar serta membantu pekerja yang terdesak dan perniagaan yang dalam kesusahan,” katanya.

Beliau menjelaskan, kerajaan tidak seharusnya terperangkap dalam cara pemikiran kewangan yang lama dan ortodoks.

Advertisement

Tambahnya, kerajaan boleh menggunakan pendekatan yang lebih dinamik ketika negara ini menghadapi krisis yang sekali dalam sejarah ini.

“Perlu ada siri bantuan kewangan secara berkala demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan, dan mata pencarian.

“Kaedah lama bantuan ‘one-off’ adalah bantuan kewangan sementara yang tidak akan melindungi mata pencarian ekonomi pekerja biasa dan rakyat Malaysia yang mengalami masalah kewangan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top