BM | EN | 中文

Naik taraf radar tangani penyeludupan di perairan negara dengan lebih efisien

IMG-20200715-WA0011.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JULAI: Kerajaan akan menaik taraf Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (Swasla) dengan peruntukan lebih RM100 juta bagi membolehkan agensi penguatkuasaan yang menjaga perairan negara berfungsi dengan lebih efisien.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM), Senior Asisten Komisioner, Mohd. Yusoff Mamat berkata, radar yang dinaik taraf itu mampu mengesan pergerakan kapal kecil dalam radius yang lebih luas.

Menurut beliau, antara lokasi tumpuan yang memerlukan peralatan itu termasuklah di sekitar perairan Langkawi dan pantai timur negara ini.

Advertisement

Katanya, kerja menaik taraf radar berkenaan dijangka akan dilaksanakan dalam tahun ini.

“Di perairan Langkawi, permukaan bentuk muka buminya berbukit dan terdapat banyak ‘blind spot’ dan gagal dikesan dengan teknologi radar sedia ada.

“Sementara itu, di perairan pantai timur pula, radar ini diperlukan untuk mengesan pergerakan bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara untuk menangkap hasil laut,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan semasa menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Komander PPM Wilayah Dua, di Markas PPM Wilayah Dua, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Yusoff turut memberitahu, pihaknya mengerahkan sehingga 75 peratus daripada aset dimiliki PPM untuk menjaga perairan negara setiap hari.

“Jumlah keseluruhan aset melibatkan bot dan kapal peronda PPM adalah sebanyak 188 unit, dimana dianggarkan sebanyak 140 unit di gerakkan setiap hari.

Advertisement

“Namun jumlah itu masih tidak mencukupi untuk mengawal sempadan dari Langkawi ke Pengkalan Kubur, Kelantan melibatkan keluasan kira-kira 2,000 batu nautika atau 4,000 kilometer,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top