BM | EN | 中文

NAIK SEKOLAH, GURU DAN IBU BAPA BUAT PERSEDIAAN AWAL

sekolah-1.jpg

JOHOR BAHRU, 9 DIS: Kurang tiga minggu lagi, cuti persekolahan bakal berakhir.

Berikutan itu, golongan ibu bapa dan guru dilihat sibuk membuat persiapan untuk menghadapi sesi persekolahan akan datang.

Tinjauan JohorKini mendapati rata-rata ibu bapa dan guru telah sibuk membuat persiapan awal agar segala urusan persekolahan dapat berjalan lancar.

Menurut Kerani Syarikat Air Johor, Farawahida Zulkifli, 36, persiapan awal membeli kelengkapan sekolah telah dibuat untuk kedua-dua anak perempuannya.

“Ibu bapa akan mengalami masalah kesesakan untuk membeli belah barang kelengkapan sekolah pada hujung cuti sekolah memandangkan waktu tersebut dekat dengan waktu perayaan Krismas.

“Persedian awal juga membuatkan kita dan anak-anak lebih bersedia untuk sesi persekolahan akan datang,” katanya.

Tambah Farawahida lagi, beliau akan membeli dua pasang seragam sekolah untuk setiap anaknya.

“Dalam penyedia kelengkapan sekolah saya tidak mahukan pembaziran.

“Jika membuat persediaan awal, kita mempunyai masa yang lebih untuk memilih dan meninjau kelengkapan sekolah dengan harga dan kualiti berpatutan,” katanya.

Seperti ibu bapa, golongan guru juga sibuk membuat persediaan awal bagi kemasukan pelajar lebih-lebih lagi bagi pelajar baru tahun satu.

Kaqbi Nora

Guru Sekolah Rendah Kebangsan Saujana, Kaqbi Nora Taufiq, 35, berkata sebelum cuti bermula lagi guru-guru sekolahnya sudah menjalankan program orientasi bagi bakal murid tahun satu pada persekolahan sesi 2020.

“Dalam program ini, bakal murid tahun satu akan didaftarkan dan diberikan taklimat bersama para ibu bapa.

“Bagi mewujudkan suasana selesa dalam kalangan pelajar baru, terdapat banyak aktiviti yang sekolah laksanakan.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah senamrobik dengan lagu mesra kanak-kanak seperti ‘Baby Shark’ dan kuiz soal jawab yang mudah,” katanya.

Menurut Kaqbi Nora lagi, selain mewujudkan suasana seulesa di kalangan bakal pelajar baru, aktiviti ini bertujuan untuk mengenalpasti kelas mereka pada tahun hadapan.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top