BM | EN | 中文

Naib Ketua Armada, Aizad Roslan dilantik ganti Syed Saddiq

Syed-Saddiq-Aizad-Roslan-Armada-PPBM.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 JUL: Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada) kini dipimpin naib ketuanya, Aizad Roslan selepas penyandang sebelum ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digugurkan keahlian parti pada 28 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Armada juga mengumumkan dua rombakan lain turut dibuat masing-masing bagi jawatan ketua penerangan dan penolong bendahari parti itu.

“Mengikut perlembagaan Bersatu, Armada kini dipangku Naib Ketua Armada Mohd Aizad Roslan,” kata kenyataan tersebut.

Advertisement

Bagi jawatan penolong bendahari pula, Rafiq Hakim Razali akan digantikan dengan Fairuz Renddan, manakala Ketua Penerangan Ulya Aqamah Husamuddin digantikan Izhar Shah Ariff Shah.

Ulya dan Rafiq merupakan penyokong Syed Saddiq.

Syed Saddiq yang juga ahli parlimen Muar bersama empat lagi ahli termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah digugurkan keanggotaan Bersatu kerana duduk di kerusi pembangkang pada sidang Dewan Rakyat selama satu hari pada 18 Mei lalu.

Advertisement

Mereka bagaimanapun mempertikaikan keputusan tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top