BM | EN | 中文

“NAFI KELUAR KENYATAAN, PIHAK MUSUH SAJA CARI PUBLISITI MURAHAN DI HARI MENGUNDI,” – SALAHUDDIN 

hari-pengundian-19.jpg
Advertisement

PONTIAN, 16 NOV: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub nafi mengeluarkan kenyataan “Nelayan Jangan Menjadi Pemalas” seperti yang tertera di kain rentang yang dipasang di Jalan Telok Kerang menghala ke Kukup, di sini.

Malah beliau berkata, sejak mula berkhidmat untuk kementerian itu, beliau sering menegaskan bahawa para nelayan, petani dan penternak adalah wira negara.

“Itu bukan saya, saya tidak pernah keluarkan kenyataan itu. Saya tidak pernah kategorikan mereka (nelayan) pemalas.

Advertisement

“Mungkin yang buat itu adalah pihak musuh yang sengaja mencari publisiti murahan pada hari mengundi,” katanya ketika ditemui wartawan di SK Serkat, di sini, hari ini.

Salahuddin berbual dengan seorang peniaga di sekitar SK Serkat

Terdahulu, Salahuddin dilihat hadir sekitar jam 11.50 pagi sebelum membuang undi pada 11.55 pagi di sekolah tersebut.

Mengulas mengenai kempen yang dijalankan sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) ini, beliau berkata rata-rata penduduk kampung banyak menunjukkan maklum balas yang positif.

Advertisement

“Kehadiran saya sebelum ini, (waktu menjadi pembangkang) penerimaan masyarakat nampaknya biasa-biasa sahaja tetapi walau bagaimanapun kami masih memeliharakan perpaduan dan kesopanan antara rakyat.

“Tetapi, kini saya sendiri rasakan perbezaan dari riak wajah dan bahasa badan mereka, dimana ramai yang menunjukkan maklum balas yang positif.

“Saya harap kesemua ini akan dapat diterjemahkan kepada undi yang keluar hari ini,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top