BM | EN | 中文

NAFAS SUMBANG WAKALAH ZAKAT RM20,000 KEPADA 100 ASNAF

NAFAS.jpg

Muhamad Said menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima

Advertisement

BATU PAHAT, 20 DIS : Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menyampaikan sumbangan wakalah zakat perniagaan sebanyak RM20,000 kepada seramai 100 penerima asnaf peladang dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Senggarang, hari ini.

Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Muhamad Said Jonit berkata, sumbangan berkenaan diharap sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ahli-ahli Peladang dalam menampung keperluan harian.

“Sumbangan zakat ini merupakan sebahagian daripada wakalah zakat perniagaan NAFAS. Untuk makluman, NAFAS telah menunaikan pembayaran zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan nilai RM1,857,635.85 pada Mei 2019.

Advertisement

“Wakalah merupakan dasar pengembalian wang zakat oleh Majlis-majlis agama negeri kepada pengeluar zakat sebagai wakil untuk diagihkan semula kepada asnaf yang layak menerimanya.

“Dengan berlangsung program Kasih Peladang Johor pada pagi ini, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada PPK Senggarang kerana memberi kerjasama sepenuhnya dalam persediaan awal bagi pelaksanaan program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Program Kasih Peladang di PPK Senggarang, di sini, hari ini.

Advertisement

Turut hadir ADUN Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim.

Muhamad Said yang juga Adun Mahkota berkata Program Kasih Peladang ini dirancang penganjurannya di 10 buah lokasi seluruh negara dengan kira-kira 5,000 orang penerima sumbangan akan mendapat manfaat daripada program sepanjang tahun ini.

“Penerima-penerima ini terdiri daripada mereka yang dikategorikan sebagai asnaf dari kalangan ahli peladang.

Advertisement

“Program seumpama ini dianjurkan sebagai menunjukkan komitmen NAFAS untuk bukan sahaja memastikan kemajuan aktiviti perniagaan NAFAS dan gerakan Pertubuhan Peladang tetapi juga sebagai salah satu usaha NAFAS menyumbang kembali serta berkongsi keuntungan NAFAS kepada komuniti peladang.

Justeru, katanya, komitmen serta kerjasama yang diberikan dapat memberi sokongan kepada NAFAS khususnya dalam usaha mengembangkan perniagaan NAFAS.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top