BM | EN | 中文

NAFAS lancar Skuad Banjir 2019

Nafas-1.jpg

Muhamad Said menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima

Advertisement

BATU PAHAT, 24 DIS : Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melancarkan Skuad Bantuan Banjir 2019 yang melibatkan 30 sukarelawan kakitangan agensi itu, baru-baru ini.

Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Muhamad Said Jonit berkata, sebuah bilik gerakan yang beroperasi di Ibu pejabat NAFAS juga telah dibuka bagi mengemaskini maklumat kawasan yang dilanda banjir serta jumlah mangsa bagi melancarkan operasi skuad bantuan banjir.

“Skuad bantuan ini akan berkunjung ke pusat-pusat pemindahan sementara di negeri-negeri yang terlibat banjir bagi memberikan bantuan yang diperlukan mengikut permintaan.

Advertisement

“Antara negeri yang telah disampaikan bantuan ialah Terengganu dan Kelantan. Sukarelawan NAFAS juga akan membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir khususnya di kawasan tempat tinggal, dewan dan premis-premis awam.

“Bantuan dan khidmat sosial sebegini akan diteruskan ke negeri-negeri lain yang terlibat dengan bencana banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menggerakkan misi bantuan banjirnya ke Parit Sulong, di sini bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), daerah berkenaan, minggu lalu.

Advertisement

Turut hadir; ADUN Senggarang, Khairuddin A Rahim.

Bantuan berkenaan melibatkan 25 keluarga.

Tambah ADUN Mahkota itu lagi, NAFAS juga bersiap siaga menggerakkan skuad bantuan bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir dan banjir kilat berikutan peralihan Monsun Timur Laut.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top