BM | EN | 中文

MySejahtera dicadang tambah aturan bolehkan warga emas pilih lokasi PPV

mysejahtera.jpg
Advertisement

KOTA MELAKA, 14 JUN: Kerajaan wajar memperbaiki sistem temu janji untuk vaksin Covid-19, kata Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada warga emas mengenai janji temu suntikan vaksin mereka.

Khoo Poay Tiong

Menurutnya, aduan mereka adalah kerana diminta untuk pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang jauh walaupun terdapat PPV lebih dekat dengan mereka.

Advertisement

“Contohnya, terdapat seorang warga emas yang tinggal di Jalan Tun Sri Lanang, tetapi telah diminta untuk pergi ke PPV di Sungai Udang yang sejauh 22 kilometer (km).

“Namun, terdapat sebuah PPV yang lebih dekat dengan beliau, iaitu PPV di Dewan Hang Tuah yang terletak 1 km dari rumah beliau,” katanya, lapor Roketkini.

Jelas Poay Tiong, masalah itu adalah antara satu sebabnya mengapa terdapat warga emas yang tidak dapat hadir untuk janji temu mereka kerana ada yang tinggal berseorangan dan tiada pengangkutan.

Advertisement

Tambahnya, beliau tidak pasti apakah kaedah yang digunakan oleh sistem MySejahtera untuk menetapkan janji temu.

“Kemungkinan ia dilakukan secara automatik melalui komputer mengikut kriteria-kriteria tertentu, ataupun ia dikendalikan oleh pegawai bukan tempatan,” katanya.

Ujarnya, cadangan beliau adalah supaya sistem tersebut diperbaiki supaya warga emas boleh diperuntukkan PPV yang paling dekat dengan rumah mereka.

Advertisement

Beliau menjelaskan, adalah lebih baik jika sistem MySejahtera boleh memberi pilihan kepada warga emas untuk memilih PPV yang paling sesuai untuk mereka.

“Jika warga emas yang terkesan perlu mengemukakan penukaran melalui sistem MySejahtera, permohonan tersebut hendaklah dikemaskini dalam tempoh 7 hari,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top