BM | EN | 中文

Muzium Mersing kembali beroperasi

Muzium-Mersing-Battle-Of-Endau2.jpg

Segmen 'Battle Of Endau' (Gambar Ehsan Muzium Mersing)

MERSING, 1 JUL: Muzium Mersing kembali beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Gambar Ehsan Yayasan Warisan Johor

Pembukaan itu selaras kebenaran oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan syarat pematuhan membabitkan muzium-muzium di seluruh Malaysia.

“Untuk makluman, Muzium Mersing telah beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” menurut kenyataan yang dimuatnaik di laman facebook Muzium Mersing.

Selain itu hanya pelawat yang berkeadaan suhu badan di bawah 37.5 celcius sahaja dibenarkan masuk dengan penjagaan jarak sosial sekurangnya satu meter antara pelawat lain.

“Pelawat juga perlu mengimbas QR code YWJ dipintu masuk Muzium bagi tujuan rekod butiran peribadi dalam buku pelawat.

“Lawatan secara berpandu dan kumpulan tidak dibenarkan dan had umur pelawat adalah 13 hingga 60 tahun,” tambah kenyataan Muzium Mersing.

Waktu operasi adalah dari jam 9.30 pagi hingga jam 4.30 petang (Sabtu – Rabu) dan jam 9.30 pagi hingga 3.00 petang (Khamis), manakala tutup pada hari Jumaat.

Antara koleksi menarik di muzium berkenaan ialah artifak era 40-an, 60-an antaranya seperti radio lama, basikal lama dan senjata.

Difahamkan terdapat lebih 300 koleksi artifak hasil perolehan muzium dan beberapa sumbangan masyarakat serta pemilik koleksi persendirian dipamerkan di muzium ini.

Selain itu, terdapat tiga bahagian pameran iaitu pentadbiran sosio ekonomi, ‘Battle of Endau’ sebuah peristiwa yang berlaku di daerah ini pada perang dunia kedua dan pameran khas bermusim selama enam bulan setiap tahun.

Malah, bangunan Muzium Mersing itu sendiri merupakan sebuah bangunan bersejarah yang dibina pada tahun 1920-an dan pernah dijadikan markas tentera Jepun pada satu masa dahulu.

Sementara itu Majlis Daerah Mersing (MDM) meminta mematuhi SOP penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pencuci tangan seperti mana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

MDM juga mengingatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata agar kecantikan alam di daerah ini kekal terpelihara.

“Setelah berkelah atau beriadah, buanglah sampah anda di tempatnya, adalah kurang manis apabila ditinggalkan sahaja begini.

“Ini adalah alam kita, tanggungjawab kita bersama untuk menjaganya,” menurut MDM.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top