BM | EN | 中文

MUZIUM KERETA API PERTAMA MALAYSIA BAKAL DIBINA DI JOHOR

khuzzan-dewan-sidang-dun.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 NOV : Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang merancang membangunkan muzium kereta api pertama Malaysia di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, ketika ini perancangan dan penyelidikan sedang giat dilaksanakan bagi membolehkan hasrat mengadakan muzium tersebut direalisasikan.

Menurutnya, ini termasuklah menjalinkan kerjasama rapat dengan Jabatan Muzium Negara, mengemas kini semua inventori, merekod, menjalankan program konservasi serta pemugaran semua khazanah berkaitan kereta api dimiliki KTMB di semua lokasi termasuk di Johor.

Advertisement

Katanya, unit muzium KTMB yang berada di Johor Bahru dan ibu pejabat di Kuala Lumpur turut giat melaksanakan program kefahaman mengenai sejarah pengekeretapian di sekolah-sekolah serta sewaktu pameran berkala dan tidak berkala di pelbagai lokasi seluruh tanah air.

“Cadangannya ada dua tempat untuk pembinaan muzium itu sama ada di Kluang atau Johor Bahru.

“Kita harap ia jadi kenyataan kerana Johor Bahru adalah landasan yang di hujung selatan manakala Kluang juga antara daerah terkenal dengan kereta api,”katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika sesi rehat di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar di sini hari ini.

Tambahnya, rancangan itu akan dilaksanakan dibawah KTMB di mana pihak Yayasan Warisan Johor (YWJ) akan memberi kerjasama dalam menjayakan hasrat tersebut.

“Berkenaan lokasi kita akan buat follow up selepas mendapat maklumat. Jadi antara yang kita lihat berpotensi ada bangunan-bangunan seperti Johor Bahru Sentral atau bangunan stor lama di Kluang.

Advertisement

“Insya-Allah kita akan follow up untuk menjadikan kenyataan Johor mempunyai muzium kereta api pertama” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top