BM | EN | 中文

MUTIARA JOHOR CORPORATION LANCAR DUA BUAH BUKU

noor-laila.jpg

Noor Laila (dua, kiri) dan Kamaruzzaman (dua dari kanan) ketika di majlis pelancaran buku tersebut

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 DIS: Bagi melengkapkan lagi status Masjid Sultan Iskandar di Bandar Dato’ Onn, di sini sebagai pusat komuniti, Mutiara Johor Corporation telah menerbitkan dua buah buku yang boleh didapati di Premium Outlet Galeri An-Nur, di sini.

Pengerusi Mutiara Johor Corporation, Datin Noor Laila Yahaya berkata, selaku sebahagian daripada Organisasi Bisnes Amal Johor Corporation, pihaknya memandang kepentingan perkongsian ilmu menerusi penulisan buku yang berjudul ‘Warkah Untuk Ibu’ dan ‘Setelah Nafas Terhenti’ itu.

“Buku Warkah Untuk Ibu diterbitkan menerusi kerjasama dengan QSR Brands (M) Holdings Bhd yang menghimpunkan segala persoalan para ibu selepas bersalin.

Advertisement

“Kandungan buku ini turut menghimpunkan semua tips, amalan dan pantang larang ketika persediaan bersalin serta penjagaan ibu bersama bayinya selepas bersalin,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian buku tersebut.

Pelancaran dua buku tersebut diadakan sempena pengisytiharan Masjid Sultan Iskandar sebagai Masjid Pelancongan yang dirasmikan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, semalam.

Noor Laila berkata, manakala bagi buku berjudul Setelah Nafas Terhenti pula, ia diterbitkan dengan kerjasama Waqaf An-Nur Corporation Berhad yang memperincikan mengenai pengurusan jenazah dan soal jawab mengenai kematian.

Advertisement

“Penulisan tersebut adalah bertujuan untuk dijadikan rujukan serta panduan ahli mahupun komuniti setempat di sini,” katanya lagi.

Beliau turut berharap agar penulisan di buku-buku tersebut sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat khususnya ibu bapa dan golongan muda mengenai panduan dalam urusan kehidupan seharian.

“Sebelum ini, Mutiara JCorp dengan kerjasama Women OnWards (WOW) Kulim (Malaysia) Berhad telah melancarkan buku masakan pertama.

Advertisement

“Berjudul ‘Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk’ yang membariskan resepi turun-temurun untuk generasi akan datang, penulisan tersebut mendapat sambutan yang mengalakkan dengan jumlah jualan sebanyak RM89,700,” katanya.

Beliau berkata, hasil jualan buku tersebut telah disalurkan kepada badan-badan kebajikan seperti Aman Palestine dan Syriacare manakala selebihnya diserahkan kepada pihak WOW.

Noor Laila berkata seterusnya pada Julai lalu, Mutiara Johor Corporation juga telah melancarkan buku ‘Masakan Pinggan Sihat Mutiara’ dengan kolaborasi KPJ Healthcare Berhad yang menghimpunkan 40 resipi sihat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top