BM | EN | 中文

MUSIM TENGKUJUH TAK HALANG ADUN PULAI SEBATANG TURUN PADANG

back-to-school-taqiuddin-1.jpg

Muhammad Taqiuddin menyampaikan bantuan kepada anak-anak DUN Pulai Sebatang pada program 'Back to school', baru-baru ini

Advertisement

PONTIAN, 19 DIS: Cuaca yang tidak menentu ditambah musim tengkujuh tiba, itu tidak menghalang ADUN Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman untuk turun padang bertemu rakyat dan menjalankan program-program di peringkat akar umbi.

Dalam tempoh seminggu yang lalu pusat khidmat DUN Pulai Sebatang berjaya menganjurkan beberapa aktiviti antaranya program khatan perdana, pertandingan futsal dan penyerahan bantuan persediaan anak-anak ke sekolah.

Muhammad Taqiuddin turut meluangkan bertemu penduduk di beberapa kampung bagi memantau usaha persediaan awal menghadapi bencana banjir.

Advertisement

Malah, peruntukan bagi membina infrastruktur untuk penduduk kampung menjalankan aktiviti kesihatan telah pun diluluskan.

“Alhamdulillah. Penyerahan mock cek bernilai RM20,000 kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kawasan 4 Mukim Ayer Baloi bagi membina gelanggang serbaguna di kawasan ini telah disempurnakan.

“Tahniah kepada pak naib (ketua kampung) Jamal Abd Nasir serta barisan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) atas kepimpinan beliau memacu kemajuan kampung ini,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, seorang penduduk kampung Abd Ajib Kamaruddin, 35 ketika ditemui berkata, dengan penyiapan gelanggang serbaguna itu nanti, penduduk kampung dari semua golongan muda dapat memanfaatkan kemudahan tersebut dengan aktiviti berfaedah.

“Sebelum ini tak ada gelanggang. Jadi, bila dah ada gelanggang macam ini, kita rancang untuk anjurkan pertandingan.

“Tengoklah, mungkin pertandingan futsal, mungkin pertandingan sepak takraw. Apa pun kami ucapkan terima kasih banyak kepada wakil rakyat yang prihatin,” katanya

Advertisement

Dalam pada itu, Muhammad Taqiuddin turut hadir bagi menyempurnakan Program Kembali Ke Sekolah DUN Pulai Sebatang dan Gerak Mesra Ahli Majlis Zon A Majlis Daerah Pontian (MDP) di Dewan Taman Mekar Kayu Ara Pasong.

“Alhamdulillah. Penerima Program Kembali Sekolah seramai 80 penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah kebangsaan seluruh DUN Pulai Sebatang.

“Semoga sedikit sebanyak, bantuan persekolahan ini dapat membantu meringankan beban para ibu bapa dan penjaga dalam menghadapi persediaan musim persekolahan yang bakal tiba tahun depan,” katanya.

Advertisement

Beliau memberitahu, kerjasama erat dan perhubungan baik antara penduduk dengan pusat khidmat DUN Pulai Sebatang akan memudahkan komunikasi dan melicinkan segala urusan di kawasan tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top