BM | EN | 中文

“MURID TERPAKSA BAWA AIR MENTAH KE SEKOLAH”

empangan-machap.jpg
Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 9 SEPT: Catuan bekalan air berlarutan di Simpang Renggam mengakibatkan bebanan besar yang terpaksa ditanggung penduduk disini dalam melakukan aktiviti seharian.

Malah lebih menyedihkan ada di kalangan pelajar yang terpaksa membawa air mentah ke sekolah sebagai bekalan bagi urusan mereka.

“Murid terpaksa membawa air mentah dalam botol air 1.5 liter ke sekolah setiap hari sepanjang ketiadaan air di sini.

Advertisement

“Ini bukan perkara yang jarang berlaku. Sejak saya menetap di sini, dalam 15 tahun telah banyak kali berlaku dan tidak ada kesudahan.

“Sekolah terpaksa menanggung keadaan sekiranya ketiadaan air,” kata seorang penduduk tempatan, Nashrudin Siran, 44, kepada Johorkini.

Tambahnya, selain kelewatan permakluman jadual catuan air, penduduk terpaksa bergantung kepada bantuan air dari lori Syarikat Air Johor (SAJ).

Advertisement

“Dalam seminggu boleh dikatakan sekitar dua hingga tiga hari (bekalan) air terputus. Bukan sahaja musim kemarau, malah sekiranya musim hujan sekali pun (bekalan) air akan terputus.

“Kami mendesak kerajaan menyegerakan tindakan yang konkrit atau pelan jangka panjang dan pendek untuk membantu kami di Simpang Renggam ini.

“Ramai penduduk yang mula tidak tahan dengan keadaan ini,” ujarnya.

Advertisement

Pada 24 Ogos, syarikat konsesi air Johor Ranhill SAJ Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan bekalan air berjadual (BAB) di Kota Tinggi dan Simpang Renggam bernula pada 2 September membabitkan 31,140 pengguna.

Manakala Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah Wee Tse berkata, cuaca panas dan kering yang melanda Johor sejak Julai menyebabkan Empangan Machap yang menyalurkan air ke LRA Simpang Renggam mengalami kemerosotan paras air.

Justeru itu, langkah bekalan air berjadual terpaksa dilaksanakan bagi kawasan pembekalan LRA Simpang Renggam dengan frekuensi ‘36 jam ada air dan 36 jam tiada air’.

Advertisement

Sementara itu, Ahli Majlis Daerah Simpang Renggam Ahmad Maulana Stat ketika dihubungi berkata perkara tersebut telah pun dimajukan kepada kerajaan negeri bagi tindakan lanjut.

“Dalam kes kali ini pihak kami akan menyediakan beberapa kertas aduan dan (berdasarkan) tinjauan, kami akan bawa kepada mesyuarat Ahli Majlis yang akan datang.

“Sekiranya perlu kami juga akan membawa perkara ini kepada kerajaan Johor. Saya yakin dan percaya kerajaan cuba menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top