BM | EN | 中文

Mural dari binaan Lego hargai petugas barisan hadapan

Lego-Barisan-Hadapan.jpg

Gambar Ehsan Legoland Malaysia

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 12 SEPT: Legoland Malaysia Resort tampil dengan lima mural khas diperbuat daripada 15,000 bongkah lego, ditujukan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menangani pandemik COVID-19 di negara ini.

Mural berukuran sebesar saiz sebenar itu yang memaparkan wajah para doktor, polis, tentera, pengamal media, pekerja pembersihan dan penghantar barangan termasuk makanan itu, dihasilkan oleh kakitangan Legoland Malaysia dengan bantuan komuniti Malaysian Lego Buildiing.

Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort C. S. Lim berkata proses penghasilan mural ini mengambil masa selama sembilan hari.

Advertisement

“Jasa dan pengorbanan mereka inilah membolehkan Legoland Malaysia kembali beroperasi dan dapat dikunjungi ramai,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Lego Mural itu di Taman Tema Legoland Malaysia Resort di sini semalam.

Perasmian program itu disempurnakan oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

Gambar Ehsan Hasni Mohammad

Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Advertisement

Lim berkata seiring dengan penghargaan itu, Legoland Malaysia Resort juga menyerahkan 3,000 tiket akses ke taman tema itu kepada lima jabatan kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kesihatan negeri serta kerajaan Johor.

Pihaknya juga memberikan mereka promosi potongan penginapan sebanyak 50 peratus di Hotel Legoland.

Sementara itu, Nancy dalam ucapan pada majlis itu berkata, pembukaan semula 13 subsektor pelancongan negara pada ketika ini adalah hasil kecekalan petugas barisan hadapan negara dan kerjasama rakyat dalam menangani COVID-19.

Advertisement

”Bertitik tolak daripada itu, saya yakin dengan penekanan kepada sektor pelancongan domestik yang mengorak langkah sejak dua bulan lepas, dapat dirancakkan dengan lebih agresif oleh semua pihak, lebih-lebih lagi pengusaha dan penggiat industri pelancongan dan kebudayaan di negara ini,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top