BM | EN | 中文

Muhyiddin Yassin pangku jawatan Pengerusi Bersatu

IMG-20200229-WA0009.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 FEB: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin kini memangku jawatan Pengerusi Bersatu bermula hari ini.

Menerusi satu kenyataan, Muhyiddin memberitahu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melepaskan jawatan tersebut pada 24 Februari lalu.

“Menurut Fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu, jika Pengerusi berhenti, Presiden akan memangku jawatan tersebut sehingga diadakan pemilihan untuk Pengerusi baharu.

Advertisement

“Bersatu belum mengadakan pemilihan bagi jawatan Pengerusi sehubungan itu saya selaku Presiden akan memangku jawatan Pengerusi sehingga pemilihan diadakan kelak,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top